20140517

#15 2014


bila aku sangka aku bagi masa untuk orang berfikir. ya. betul. berfikir dengan keputusan yang dia ambil. namun tak seperti yang aku harap kan. betul orang cakap. orang tak dapat baca apa dalam fikiran dan hati. apa yang jadi memang betul betul kena hadap. kena telan. tapi masalahnya sekarang aku langsung tak kuat. sakit. sakit sangat.

sejak hari tu. hari hari aku menangis. setiap waktu yang orang kata mustajab untuk panjat doa. tak lepas aku titip nama kau dalam doa doa aku. mungkin salah doa aku. aku doa pohon yang terbaik untuk kau. dan mungkin itu terbaik untuk kau. tidak bagi aku. bukan. bukan salah doa aku. salah aku yang masih kuat berharap. pasak utuh pada kata kata lama kau. kita. bodohkan aku?

parah. susah hati. jadi takut nak bertanya. jadi takut nak menyata. takut semua salah depan mata orang yang aku sayang. takut nak tanya. masih ada rasa yang sama kah? sebab aku nak nyatakan aku masih sama. rindu. cinta. segala. hari hari aku harap ada kau untuk senyum dekat aku lagi. susah macam mana pun aku tetap nak usaha kan juga. memang aku ada kata perkataan dan ayat yang menyakitkan. tahu kau? ia juga menyakitkan aku.

perkara macam tu buat aku nampak lemah dekat mata kau. nampak usaha kau macam terkubur. kata kau. tapi sayang, ada aku lari? ada aku terus diam buat tiada erti? ada aku tak beritahu kau, aku tetap sayang? aku tetap cinta? aku tetap mahu kau? ada aku tak usaha untuk jumpa kau? untuk gembirakan kau? 

mungkin bagi kau aku nampak bodoh, aku minta maaf. 

hari hari aku kira bila dapat jumpa kau lagi. apa alasan aku untuk pergi jumpa kau lagi. kau pun tahu aku susah macam mana kan? selama ni pun berapa kerap ja aku dapat selit diri aku dalam perut bas semata untuk kau. aku nak jumpa kau sangat sebab aku nak sangat betulkan apa yang tercela. akhir jumpa, aku cuma nak cium tangan kau macam aku buat bila setiap kali kita akan berjumpa lagi. cuma kali ini aku nak cium tangan kau sambil cakap aku minta maaf. 

aku cuba nak bercakap bila ada dengan kau. tapi tiap kali jumpa. tiap kali aku jatuh cinta. sebab itu je yang hati aku tahu buat. senyum kau. mata kau. jari kau. suara kau. bibir kau. segalanya. lalu niat nak betulkan cela. terbiar sahaja. salah aku lagi. terlalu cinta.

bukan sejengkal jarak kita. kau sana. aku sini. kau sana. tapi aku tahu apa yang jadi. sebab tu aku makan hati. lama aku pendam. sebab aku pegang kata kau. kau aku punya. tapi kau nak sembunyi dari aku. tapi kau lupa. gambar. ya. terima kasih gambar. walaupun tangan. aku kenal tangan kau. walaupun kaki. aku kenal kaki kau. walaupun badan yang ditutup muka. aku kenal itu badan kau. aku kenal jasad kau sayang. aku kenal. aku kenal ayat msg kau. sebab bila kau kata keluar dengan kawan. aku tahu tu kawan perempuan. sebab kalau lelaki. setiap satu nama kau kenalkan. kemana kau pergi. apa kau buat. gambar pun kau beri. itu kalau lelaki. 

aku kat sini. ada cela aku. kau marah. habis cela kau? aku tak layak untuk rasa marah ke? aku tak layak untuk rasa cemburu ke? sebab aku marah. sebab aku cemburu. kita jadi macam ni. aku perempuan. kau tak ada kat sini nak protect aku. kau ingat senang ke aku nak protect diri aku untuk kau? walaupun dari kawan kau sendiri? ntah la. aku malas nak ungkit. tapi aku pendam aku sakit. aku kat sini ada saat saat aku susah. yang perlu pertolongan kawan. kalau aku demam teruk. aku kena panggil kau dari sana untuk belikan aku ubat ke? macam tu kau mahu? bukan tak pernah aku minta tolong kau. tapi selalunya apa aku dapat? kata kata. bila aku minta tolong pada yang lain. kau bengang. habis mana kau saat aku perlu? aku pinjam sweater kawan. kau marah. habis kawan perempuan kau pakai sweater yang sama kau sarungkan pada aku pada kali pertama kita keluar. aku tak patut marah ke? hmm? kau boleh bayang tak apa aku rasa?

kau selalu check fon aku. sebab kau tak percaya aku kan? dan aku. cukup sekali aku lihat fon kau. dah lebih perit untuk pujuk hati sendiri. facebook aku. berapa ramai kawan aku kau block kan? ada aku pertikai? sebab aku tahu kau buat sebab kau nak jaga aku. it's ok. aku terima. kau marah aku berkawan ada '' adik-abang''. habis kau berkawan ada '' mummy-daddy'' ''kanda-dinda'''. macam mana? kau marah aku bila ada orang panggil aku awatif. yang kau '' daddy,kanda,bla bla bla lagi'' kau tak fikir aku pun ada rasa marah? hmm?

boleh kau fikir sesuatu untuk aku? boleh tak? please. kau tahu betapa peritnya tak dapat memujuk jantung hati apabila cela terjadi. betapa sakitnya ingin mahu menyambut ulangtahun bersama. betapa gugurnya jantung bila lihat bukan aku yang kau sambut bersama. betapa cemburunya bila kau rajin berjumpa dan dekat jaraknya. aku diamkan sahaja rasa. aku buat seperti aku kuat. kau teman kawan kau membeli belah, makan makan, vacation, ajak tengok wayang dan perkara lain bersama. perit aku rasa. bila kau dengan aku, kita habiskan masa dengan makan, menonton dan selang seli bual sahaja. setiap malam. setiap malam bila berjumpa. sehingga bosan. lalu terlihat cela. sampai kau berkata yang menyakitkan tanpa fikir kau juga buat perkara yang sama. dan aku cuma diam. sampai aku kehabisan air mata. maka gaduh. maka aku jadi bodoh. maka kita jadi jauh. jauh.

aku tahu. hidup dalam perhubungan jarak jauh bukan senang seperti orang sangka. berhempas pulas. bukan sentiasa manis. bukan sentiasa harum. aku tahu. sebab sebelum ini aku pernah. walaupun jauh. aku cuba untuk jadikan kita dekat. aku tahu. kau kat sana tak tahu semua apa yang aku lalui untuk sampai tahap ini. yang aku tahu. aku cuma nak kau tahu aku cuma nak kau bahagia dengan aku. tapi kau pun sama macam kasih yang dulu. perempuan cantik, berduit, dekat dan boleh layan tiap masa. lalu tinggalkan aku kat sini. dan buat aku masih belum berhenti menangis.

aku rindu sangat dekat kau.

orang kata, perempuan biar jual mahal. tapi kadang kadang aku rasa kau rasa aku dah murah sangat dekat kau sampai kau layan aku macam ni. ya. sebab aku lupa. untuk kau. aku iyakan semua.

dear, i'm tired.

tapi aku tetap tunggu kau.
aku tahu kita bukan baru macam ni.
tapi sebab aku masih sayang. masih mahu.



sebab kau ingat track03?

No comments:

Post a Comment