20121022

CERITA TIPIKAL GADIS DALAM COMPANG CAMPING JIWANYA

TADIKA
umur 4tahun dah masuk tadika ikut kakak. KEMAS. baju kotak kotak warna merah putih. mama buatkan birthday party di tadika. aku pakai skirt kembang rambut tocang. cikgu pukul dengan pembaris panjang sebab pukul kepala kawan dengan besi.
umur 5tahun. tadika PASTI. baju kurung hijau tudung putih. masuk tadika dengan budak 6tahun. hebat. ada budak lelaki berak dalam seluar. pagi pagi pergi sekolah mama hantar naik basikal hijau. beg letak dalam raga hadapan basikal. singgah kedai beli nasi lemak 20sen dan cekodok pisang cucuk dengan lidi buat bekal makan ramai ramai dalam bulatan waktu rehat.
umur 6tahun. PRA-SEKOLAH. rasa budak paling kuat sebab abang ketua pengawas dekat sekolah. ada abang dengan kakak untuk jaga. ayah pula orang dikenali di sekolah. eh saya budak tadika yang hebat. tak menangis.

SEKOLAH RENDAH
sekolah pertama. SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG BESAR (U). budak paling hebat juga. pergi sekolah tak menangis hari pertama. bawa beg roda. masalah badan yang kecil. duduk kelas pertama. top three sampai tahun 4. darjah satu pakai skirt hitam pendek. lari sampai luka lutut. rambut ikat dendan. pagi pagi pergi sekolah kawan tunggu untuk bawa beg. orang tak berani kacau sebab kakak pengawas sekolah. tahun 2 ponteng dua bulan. kaki patah. belajar dekat rumah. kaki dua kali kena simen. doktor kata buas sangat. tahun 3 dah jadi pengawas. selalu kena pukul dengan cikgu sebab jadi pengawas bising. sampai sekarang cikgu ingat.
sekolah kedua. SEKOLAH KEBANGSAAN BESERI. tahun 4 pindah sana. sedih. cuma jadi top fifteen. sambung jadi pengawas. pergi sekolah naik basikal lalu jalan kampung. lalu sungai. mula pakai tudung sebab kelas fardu ain. keluar sekolah. pakai seluar pendek. main netball. jadi pemegang sepanduk sampai sukan peringkat negeri. tahun 6. budak lelaki mengorat. hantar hadiah, surat dan gambar. kelas malam. budak lelaki teman sampai kelas sebab bajet jalan gelap bahaya. eh? aku tak faham. kecik kecik nak bercinta. puii

SEKOLAH MENENGAH
sekolah pertama. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' SHEIKH AHMAD. kejap sahaja. 3 bulan. baru nak kenal apa itu cinta apa itu lelaki. bagi number telefon tapi taip dekat calculator. suka mamat kelas sebelah. atlit. lari sebelah pun boleh angau sampai malam. 
sekolah kedua. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DERMA. jadi budak baik. satu sekolah kenal ayah. tingkatan 1. pernah kena kejar dengan cikgu displin dalam kelas matematik. sound senior tingkatan 5 sebab ngorat. tingkatan 3. cinta pertama. dengan samseng sekolah kawan sekelas. putus lepas pmr. kawan rebut nak ambil. bagi saja. konsep tak suka gaduh. hebat. merana. result pmr boleh apply mrsm dan sbp. tapi exam kelayakan jawab macam cinabeng. tak dapat masuk mana mana. padan muka. tingkatan 4 dan 5. mula aktif. satu malaysia jelajah. sijil bercambah. main futsal. main hoki. ada lesen moto. rempit merata. lesen ''L" lekat "P''. tingkatan 5 eksiden. tak mahu call parents. doktor call. motor berkecai. sedih. study untuk spm macam orang gila. main macam orang sawan. bercinta tak dating. result lingkup. jangan tanya kenapa.

LEPAS SPM
hidup paling hebat. selang sehari lepak dengan member dari pagi sampai petang. hujan panas redah naik moto. lari dari polis. duit biasiswa keluar macam air. masuk laman sosial. kenal ramai manusia. lepak lepak. jadi remaja tak ada matlamat. tak kerja. tapi habiskan duit. hebat. paling merdeka. 

MATRIKULASI
KOLEJ MATRIKULASI KEDAH. tempat belajar paling serius dan paling best. study sampai malam. tiada istilah tidur siang. baru belajar hidup asrama. katil tepi tingkat hadap masjid. basuh baju sendiri. gosok baju sendiri. study group yang ohsem. jadi rujukan. fight result. hebat matematik dan fizik. kimia paling minat. petang petang kayuh basikal keliling matrik. tengok orang main bola. lepak lepak. makanan dekat kafe lelaki paling sedap. cendawan goreng air kiwi menu wajib lepas kelas. belajar dua bulan. quit. new offer. mengamuk. seminggu tak cakap dengan family.

IPG
IPG KAMPUS TUANKU BAINUN. 5 tahun setengah sampai degree. masuk dengan rasa benci. 
PRA-PERSEDIAAN. belajar tapi hati kat matrik. result exam macam budak paling bodoh. tak pernah lepas 3.40 . masa bercinta paling hebat. hujung minggu balik ada orang tunggu depan pintu bas masa turun. baru kenal cinta dengan dating. putus cinta. balik menangis dekat mak.
DEGREE. pahit. masam. manis. tawar. kelat. semua ada. boleh kenal mana satu kawan mana satu anjing. dari hidup loser jadi kehidupan penuh menyeronokkan. kawan ramai orang. hidup mengghairahkan. jumpa orang itu. jumpa orang ini.  belajar ringan ringan tapi tak pernah failed atau repeat sampai sekarang. alhamdulillah. mula bercinta serius. lagi dua tahun baru habis.

GRADUASI
????????????

KERJA.
????????????




1 comment: