20120930

KESAL



growing up and moving on. itu yang aku cuba buat.
cuba.


sebal dengan sekeliling.
sampai halunisasi kecil menyampuk.


'' come on girl. kau yang nak berjaya. kau yang tentukan. setiap dajal dajal yang manusia lemparkan buat kau itu cuma separa ujian dari tuhan. mahu tentukan sekuat mana engkau.''


baik. aku akur.


bohong la kalau tanak orang sekeliling bahagia dengan aku. bohong la kalau tanak orang proud dengan apa aku capai sekarang. lepas bangun tergolek tersungkur.  jika untung adalah tangan menghulur. lazimnya menyulur sendiri. mesti aku mahu orang pandang aku. cukup sekilas. tak banyak. cuma mahu dihargai.


bosan dengan melayu paranoid. janji kosong. penipu. bermuka muka. penting diri sendiri. cakap tak serupa bikin. melayu yang tak boleh tengok orang senang sikit. hey. aku baru 21 tahun. mana aku kuat nak tempuh celaka dunia yang bertimpa ini seorang diri. bahu aku dah nak patah. berat sangat.


memang aku jenis pendam semua rasa. aku jadi kan blog luahan rasa. diary. aku anak bongsu. paling manja. paling degil. paling keras kepala. tapi aku hidup berdikari. dari kecil. nak apa cari sendiri. masuk matrikulasi masuk ipg. hidup kena makin berdikari. tak boleh harap orang lain dah. hati kena kebal. muka kena tebal. jiwa kena kental. masalah bertan-tan. jadi bahan ketawa orang. jadi makanan kawan sendiri. nak mengadu mak? ngadu ayah? dan aku belum cukup bodoh nak lempar masalah muda mudi ini pada situa yang belum tentu memahami. 


''sabar''


itu yang paling lazim aku terima. pergilah mana manusia pun. itu yang akan mereka cakap lepas semua. celaka kan? kalau lah sabar tu dapat buang segala taik taik beban yang aku pikul ni? pasti aku manusia yang senyum paling ikhlas.


penat tahu tak.


cinta. aku pernah bercinta. pernah putus juga. gagal tu macam dah tertulis di dahi aku.

aku cuba jadi sang setia. yang membahagiakan kekasih. tapi. hati aku selalu dibolak balik kan. di hempaskan. cinta aku di sampah kan. di ludah.

aku selalu dikecewakan. aku pernah di duakan. pernah ditindas. pernah diabaikan. pernah jadi kekasih gelap.

dan untuk kali ini. aku rebah.
hancur untuk kali yang entah ke berapa.

mungkin aku belum cukup bagus untuk semua ini.

dunia.
izinkan aku pergi sementara.
selamat tinggal.

aku menangis, kosong dan mati.





4 comments: