20120502

RUMIT



jangan digusar apa yang termaktub. itu ada hikmah.
ada. itu janji tuhan.
percayalah.
jangan bimbang.

siegois sibuk layan jiwa kecil. sebal. terlalu berat pada sangkaannya.
ada yang tak kena. yang sesat melayang dalam vien vien nya.
lemah.

dan sekeliling masih meriah ketawa mengusik tanpa belas. ligat mengusik.
hati mengecil. durjana sendiri.
jatuh.

disudut paling halus. terperosok tersorok satu ruang.
ada rasa. gagah bak raksasa kecil.
jerit bisiknya.

'' jangan khuatir. takkan ada buat kau sungkur. itu acuan perjalanan kau. tolong jadi beda. syukurlah pada Dia. kau masih punya tongkat dan bahu yang teman saat saat kau paling kritikal. jadi. jangan berhenti lagi bila jatuh. biar mereka bisa tampak kau bangun hidup. kurang-kurangnya kau mampu bagi senyuman walaupun segaris ''



esoknya. siegois telanjangkan jiwanya. dimamah rakus soalan. tegang.

betapa mahu kau pada aku bila aku bukan siapa-siapa?
betapa mahu kau pada aku bila khilafnya dari aku dan celanya memang aku?
betapa mahu kau pada aku bila tiada pandai jaga hati dan butir kata?
betapa mahu kau pada aku bila perlu menebeng muka menahan antakan dari aku?
betapa mahu kau pada aku bila cerita sudah tiada rasa menarik dan manis?
betapa mahu kau pada aku?



takkan goyah siegois pada tiap kata yang pernah meluncur dari bibir mugilnya.
bukan cinta tak wujud. tolong dengar jeritnya. dia tak mampu tanpa penghuni bantal sisi kanannya. dia percaya dalam bodohnya. dalam warna warni pernafasan yang dikongsi dihembur. ada nyawa dari satunya. dia percaya. moga-moga.

tolong dia.
tolong dakap erat dia macam saat pertama ketemu.



No comments:

Post a Comment