20120422

BIR & COKE



terlalu lama berada dalam komposisi akal yang kuatnya aku.
hakikat sebenar.
telah lama tulang ini rapuh dan jatuh tersungkur rebah mencium bumi menadah semangat.
setiapnya berkecai tanpa cela.
satu satu tersusun rapi.
bertalu disiksa. duduknya tidak sama.
tiada peduli.
tiada telinga dengar mata melihat bantu.
jelik. ludah. pekik. lolong.

tak apa.
belum cukup kuat buat aku mati.
bilang aku~~

lagi kau pedang aku. lagi aku kebal.
lagi kau tusuk aku. lagi aku gagah.
lagi kau henyak aku. lagi aku kuat.

tunggu.
lama aku cakap sabar tunggu.
dan sekarang.
tiada tunggu.

akan aku caturkan percaturan baru buat kita.
biar das das nya dari aku pula.
dan engkau victimnya.
mahu?

sori.
aku tak mahu.
cukup aku sendiri.
sendiri.
kecuali dengan tuhan aku.

dan engkau.
dunia engkau.

No comments:

Post a Comment