20111204

SINOPSIS



tolong bagi aku dua pilihan. satu hidup jalan lurus atau satu hidup dalam bilik gelap serba lengkap. bila otak menggila. bagi aku bilik gelap. biar lapar ada makanan. nak berak ada jamban. hidup macam diva dalam cage. bila aku waras. bagi aku jalan lurus. ada tembok besar tinggi untuk aku harungi. taufan pasir yang mengaburi. aku tak berhenti walau penat. sebab aku perlu cari makan untuk hidup. hidup macam hamba dalam dunia. kau faham apa beza?

tapi untuk sekarang. aku jarang dapat bilik gelap. aku selalu ada jalan lurus. tapi kebebasan ada halangan. penat aku hidup macam ini. baik aku mati. tapi tolong. aku tak mahu mati cara ini. atleast biar digarisan penamat nanti ada orang kalung aku bunga dan sembur aku dengan air yang digoncang. alaa..air ribena pun ok what? kan??

dan aku bila bercakap. memang macam manusia tak reti bersyukur. gila//



No comments:

Post a Comment