20111208

LOVE LETTERS



aku tak faham kenapa dan mengapa tulisan dan lukisan aku sebegini rupa. huduh. muntah muntah aku melihat.

hati aku tengah goyang. jangan goyang sampai mati. aku takut.
aku tak faham bila pagi aku tarik laci. jumpa satu kotak berbalut. buka. aku nampak surat. satu-satu aku baca. penuh kata semangat. penuh kata gembira. penuh kata sayang. penuh kata rindu. penuh kata cinta. penuh kata maaf. penuh kata kesal. penuh kata kecewa. ada nota nota lagu cinta berjela. penuh syahdu.

aku lihat nama pengirim . ohh engkau. yang pernah main kimia dengan aku..

aku tarik satu sampul. ada gambar aku. dalam gambar aku ada engkau. bukan satu. banyak. manisnya kita senyum. aku pegang. aku tarik carik satu satu jadi cebisan. mati gambar itu mati sebagai mana rasa kita. mati. terkubur. macam kimia kita yang hilang.

aku buka almari. nampak patung. nampak hadiah. aku ambil. tong sampah. nah kau makanan untuk hari ini. aku dah tak mahu ambil sampai tidur. sampai mimpi. hari ini, hati bersorak lega. lega.

dan hati ini yang punya ego setajam pedang belati dah jadi cecair likat pekat. macam pertandingan menangis. saluran pernafasan dipenuhi hingus. suara tersekat sekat. paling pilu pada patung kecil warna coklat muda tersenyum manis. tiba tiba ada rasa macam taufan ada dalam dada. tak tahu nak terang macam mana. tak tahu nak luah macam mana. sakit. bongok. pergi main jauh jauh. aku tak mahu simpan jadi kenangan.

kau penat. aku penat. kau berhenti. aku berhenti. untuk satu malam. semua hilang. peduli? tidak lagi. ruang yang bersisa sedikit ini cuma muat muat untuk aku dan dia. untuk yang lain? belum tentu ada lagi.

ada jodoh, kita jumpa lagi. tuhan. terima kasih buat aku tak bodoh lagi. semua sampah yang kami pernah buat. aku harap lupus dimamah masa yang rakus.  hakikat perlu ditelan bukan diluah hingga mati. hadap sampai terkulai. jangan jadi pelajar bergred sampah. belajar jangan guna ilusi tetapi realiti. ilusi cuma untuk sikaki ranjit.

bye//


No comments:

Post a Comment