20111130

MONOLOG BUAT TUHAN.



sayang.
biarpun berpecahnya bumi. bergegarnya langit. biarpun seribu tahun lagi dan biarpun setiap hari aku bangun dari mati. tolong jangan pergi. tolong ingat nama aku. tolong ingat kasih aku. jangan pernah berani pergi. tapi tolong bawa aku pergi.

sebusuk mana aku. seburuk mana aku. seteruk mana aku. sekejam mana aku. semiskin mana aku. tolong pegang erat tangan aku. jangan biar aku jatuh. aku tahu kau akan ada untuk aku. tanam dalam hati aku. kikis rasa benci aku malas aku syaitan aku. kikis semua rasa negatif aku. setiap hari hidupkan jiwa aku. jasad aku masih ada. roh aku masih kekal. tapi jiwa aku mati. hidupkan ia. tolong. buat aku senyum kerana kau ada dan aku ada cinta dari kau yang orang lain tak ada. cinta yang orang lain tak mampu beri aku.

aku tahu kau sayang hati ini. kalau sayang aku. kau jagalah elok elok. jangan biar ia berkudis hingga mati. sementara aku masih ada masa yang kau beri. tolong. tetaplah jadi agong hati aku. aku rindu saat aku sujud dan rasa tenang. tolong aku. aku merayu.




untuk tuhanku dari,
hambaMu yang penuh khilaf.




4 comments: