20111123

HUJUNG BULU MATA



seringkali aku berfikir apa itu hikmah. apa rancangan Tuhan. mungkin tuhan berkerja dalam rahsia. yang tiada sesiapa tahu walaupun engkau. yang sepatutnya kita menerima segala. dan bukannya meminta yang melampau.

dulu dan sekarang. jika aku khilaf. bukan rotan yang melekat, bukan tali pinggang tebal berkepala besi, kayu pokok berinci tiga, bukan batang besi dan juga bukan tuala lembut basah menghirisi setiap milimeter kulit tubuh ini. tidak pernah sekali diayunkan dibiar merapati tubuh panas bergelora remaja membuak.

tapi hari tu aku buat salah besar, mereka tahu dengan kecanggihan moden dunia. sumpah kali ini mereka tahu. hampir semua terbongkar. dan aku. tak boleh lari kemana. aku gabra habis. tak tahu nak lari kemana. aku hadap juga salah satu daripada mereka. aku cuak. aku takut kalau dia tangan tangan kan aku. ajak satu keluarga pukul aku ramai ramai. sampai lembik. tapi memang khilaf aku. aku kena hadap juga. salah yang aku rasa sangat besar dan menanti dijatuhi hukuman maha berat.

tapi.

dia cuma nasihat. cuma pesan. jangan buat macam tuh lagi. nanti mama sedih. mungkin faham jiwa meronta ini faktor dia cuma nasihat dan pesan.


tiada lagi kedua. tiada lagi ketiga. aku tak janji.
aku minta maaf.//





duduk diam dan aku menang.
dari cara belakang.






No comments:

Post a Comment