20111017

HALF LIFE



aku bukan jenis kuat menangis. sungguh. pahit kelat sakit pedih ngilu macam mana pun aku telan saja. bukan dengan keluarkan air mata. sebab aku yakin tuhan lagi tahu apa rasa aku. tuhan ada untuk bangunkan aku. tapi tipulah kalau air mata ni tak mengalir. cuma mungkin pada saat aku rasa seluruh sendi dan urat aku umpama jasad tak bernyawa yang terjelopok jatuh disatu sudut gelap. saat setiap isi bumi umpama menyuruh dijunjung aku. berat dan lemah. mungkin saat itu air mata akan mengalir bisu.

dan semalam. rasa itu hadir lagi. setitik dua jatuh dihamparan kertas putih. saat paling sukar untuk aku senyum. rindunya aku pada persahabatan yang tak diduga. rindunya aku pada gelak ketawa remaja sekolah lepasan spm dahulu. aku rindu. hari ini aku cerita tentang sahabat aku. bukan aku sengaja cuma ada perkara yang menyentuh aku. terima kasih dila.

tahu tak macam mana rasa bila ada orang sapu air mata saat kita gembira sedih dan terluka? tahu tak macam mana rasa bila ada orang risaukan perkara yang kita sendiri tak ambil endah? tahu tak macam mana rasa bila ada orang yang selalu bagi semangat dan kata kata saat diperlukan? tahu tak rasa macam mana bila kita boleh kongsi segala rahsia dan dia simpan elok elok? tahu tak rasa macam mana bila dia jaga kita macam kita ni adik dia? tahu tak rasa macam mana bila ada orang bantu kita pilih itu ini?

kita rasa bahagia. kita rasa gembira. kita rasa selamat. 
sampai kini. terima kasih.
kita rindu sebenarnya.




2 comments: