20110926

RELIEF





kadang bila terfikir apa yang dah dilakukan dan bakal berlaku. aku mula sangsi. mula mencari jalan. membuang apa yang pernah menjadi negatif dalam diri. sebab aku bukan sekuat yang disangka. rapuh seperti dahan mati. pernah dulu aku separuh mati menyesal akan silam. alih-alih aku ulang yang sama. gagal ikut cakap dan nasihat sendiri lagi. ambil nafas dalam-dalam. penat berlari dari bayangan. cukup. aku pohon moga  salah silap aku bersapa agar tidak membunuh. bukan aku sengaja. cuma aku leka. nahh sekali lagi aku memberi alasan menutup kekhilafan diri.

kaku. diam membisu. ketap bibir erat. pejam mata rapat. dingin hujan mula mencengkam. aku jatuh rebah terduduk lagi. sepi. aku takut sebenarnya.
maafkan aku.

tolong yakin akan aku. tolong yakinkan aku. tolong.
aku perlu.




2 comments: